Hari ni first time aku update blogger petang-petang camni. Aku bukan ape makin lama makin aku tak berlatih menaip ni rasa seram lah pulak sebab usaha aku nak menaip laju-laju macam dalam cerita hacker-hacker kat TV haha. So harini aku cuba nak bagi pendapat aku tentang Idea. Macam mana nak dapat idea dan macam mana nak rangsang idea tu datang? Mengikut pengalaman aku idea ini datang daripada ilham yang selalunya hadir sepantas kilat dan ada sedarhana kelajuan kehadirannya dan ada yang kadang-kadang mengambil masa berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun! Idea adalah basic kepada segala ilmu yang ada dan dengan seketul idea, tetapi pengolahanya sangat berkesan dan relevan, maka idea yang dicadangkan itu amatkah diangkat dan dimartabatkan.
Aku sering bertanya kepada diri sendiri bagaimana aku nak cari idea. Sebab dalam pengalaman hidup aku yang baru setahun jagung ni, bila cikgu suruh buat karangan contohnya, nak cari idea buat karangan punya lah susah macam nak terberak je kat kerusi tu meneran otak nak cari idea. Tapi bila aku bersendirian ataupun senang cerita bila aku sendiri yang mengalami masalah, dan nak tangani masalah itu seharusnya mempunyai idea. Contohnya apabila aku mengalami masalah tertidur di atas laptop bila dah ngantuk sangat, aku nak cari idea nak tangani masalah tu sepantas kilat je idea nak datang. Haaaa ni satu lagi kelebihan aku, bila nak bahan orang memang banyak je idea aku and bila orang tu dah start panas and dia bahan aku pulak, haha sorry lah sebab otak aku memang laju je cari idea nak bahan orang tu balik.
So aku nak highlight kat sini bahawa bila aku aku disuruh mencari idea oleh seseorang atau cikgu, nak teran mencari idea tu memang susah, kadang dapat idea tapi macam tak beberapa bernas. Tapi bila kehendak sendiri itu ada nak cari idea tanpa paksaan daripada sesiapa, maksud aku enjoy dalam mencari idea, it's working and aku nampak sesuatu kat sini, tekanan dari seseorang boleh mencacatkan produktiviti seseorang dalam mencari idea. Tapi bila kita sendiri, hanya diri kita yang menyoal diri kita, proses untuk mencari idea itu teramat mudah dan sering menjadi kerana ianya sepontan, ringkas dan padat.
//itu je kot perkongsian aku pada hari ini harap dapat diterima dan jika pendapat aku kurang memberangsangkan, sorry hehe.
No comments:
Post a Comment