Translate

Thursday, November 17, 2016

Addiction with something

  Aku harini nak ceritakan tentang ketagihan. Ketagihan ni bunyinya macam dah negatif dah sebab orang pikir ketagihan ni mesti berkaitan dengan dadah, arak, rokok, dan sebagainya lah yang negatif-negatif. Aku pun ade ketagihan jugak macam merokok. Point harini aku nak cakap macam mana kita boleh ketagih dan contoh yang aku boleh bagi ialah rokok sebab ade kaitan dengan aku. Bahkan aku tengah menaip ni pun ade rokok kat mulut aku ni. So harini aku nak ceritakan pasal kisah aku ketagih rokok.

  Firstly, aku dah didedahkan pasal rokok waktu aku berusia 5 tahun lagi. Waktu tu aku duduk Johor, kat kampung belah mak aku. Masa tu aku duduk sekali dengan sepupu aku orang KL. Aku dengan dia ni memang rapat lah dah macam adik beradik. Dia masa tu umur dah belasan tahun kalau tak silap sebab time aku mandi dengan dia aku tengok dia dah ade jembut haha. Ada lah satu hari tu aku dengan lepak dengan dia kat bilik and aku nampak dia hisap rokok. Actually bapak aku merokok so aku tak heran sangat kalau nampak rokok. Tapi time tu aku konon jadi batak la kan sebab dia tu sepupu aku and kitorang ni dah macam buddyz la, apa dia buat kitorang buat sama-sama. So dia hisap rokok tu boleh pulak dia hulur kat aku cakap "nak rasa?", aku pun acah-acah pantang dicabar lah kan. Aku pun ambil sebatang and hisap. Tapi okay lah kan sebab aku hisap pun tak tarik, sekadar main-main gitu je asal berasap mulut.

  Lepastu kantoi dengan adik-adik aku. Ape lagi adik-adik aku tu kira buddyz jugak lah masa tu. 2 orang adik aku hisap sekali haha. Sorang 3 tahun and sorang lagi 2 tahun kot kalau tak silap tapi deorang isap sekali tu je lepas tu dah tak dah. Aku je acah-acah macam kemaruk rokok sampai cari-cari puntung tepi jalan, rembat rokok pakcik aku, rembat rokok bapak aku hahaha. Rembat rokok bapak ni paling tak boleh bla sebab waktu aku tengah rembat tu tetiba aku nampak bapak aku datang, and aku tak sempat nak buat ape-ape and terus terabur rokok nye, aku lari and acah-acah tengok TV. Bapak aku jerkah kat aku "Sape ambil rokok bapak!!" aku pun jenis pandai buat muka blur and aku cakap lah tak tau hahaha. Selamat lah kat situ. Sepupu aku tu pun dapat beli rokok atas bantuan aku. Bila dia nak beli rokok kat Petronas, dia ajak aku. Dia dah set dah suruh aku berlakon jadi adik dia. Then bila dia beli kat kaunter tu dia bagi aku rokok tu and cakap kuat jugak lah supaya caisher tu boleh dengar. "Ki ni rokok ni jangan lupa bagi bapak". Kimak kalau diingat-ingat lakonan tu punya lah tak boleh bla.

  And aku dok johor tak lama, and lepastu aku dok Selangor dan kat Sekinchan. Sepanjang aku pindah sampailah darjah 3. darjah 3 aku boleh start rokok balik sebab aku time tu baru pergi ke surau. Sepupu aku ni ajak. Seminggu dua minggu ok lah niat nak ke surau nak solat, tapi dalam proses nak nakal tu berputik apabila aku start berkenalan dengan budak-budak yang solat sekali kat surau tu. Semua nakal tahap cipan. Banyak kenangan manis and pahit aku dengan diaorang. Dia orang lah yang ajar aku solat main-main. Waktu solat bising-bising, main kejar-kejar sampai kena marah dengan orang kampung. Ketua budak nakal tu jiran sebelah rumah aku je mase tu. Dia paling cilaka nakal dia, kedua cilaka adik dia. Aku ni kira tahap pertengahan la tak teruk sangat. Haaa ketua dia ni lah yang ajar aku merokok balik. Dia ajak semua member-member childhood aku pergi atas menara surau tempat speaker azan tu. Kat situ lah kitorang melakukan aktiviti merokok tu.

  Tapi aktiviti rokok kitorang tak bertahan lama sebab dia orang kantoi dengan imam surau tu and imam surau tu pulak bapak geng member kitorang. Aku nasib baik tak pergi surau masa tu haha. Dia orang kena lempang sekor-sekor. Hahahahaha aku gelak-gelakkan dia orang. So aku pun dah stop merokok and masa pun cepat berlalu sampai lah aku form 2. Waktu tu aku bersekolah asrama and waktu aku ponteng prep malam aku ternampak member aku isap rokok. Ape lagi masa tu pun zaman baru nak up aku pun isap sekali dengan dia. And aku pun dah pandai beli rokok sendiri kat luar and bawak masuk asrama. Ahah! waktu form 2 tu aku baru belajar tarik asap rokok dan kerana kaedah tarik ni lah yang membuatkan aku ketagih sampai sekarang. Aku belajar tarik asap rokok ni pun bukan dekat asrama tapi kat kampung aku jugak, dari geng-geng surau aku jugak. Ye lah aku kan dok asrama sekali balik kampung tengok budak-budak semua dah isap rokok dengan teknik tarik haha aku pun ape lagi nak belajar lah kan. So member aku sorang ni suruh aku cucuh dulu rokok Surya pergh rokok berat tu beb! Aku pun cucuh lah and dia ajar step-step tarik and first tarik je aku telah tewas. Kepala aku berat nak mampus and loya cam sial. Aku kena baring je kalau duduk ke bangun ke konfirm muntah. Nak sejam jugak lah aku terbaring. Start tu rasa tanak lah kot isap rokok ni. tapi esoknya aku isap jugak tapi dah tak pening and start hari aku dah tak pening tu aku baru sedar kenikmatan tarik ni. Rasa kesegaran yang tak terhingga di bahagian saraf otak aku ni.

  Sehingga kini umur aku sudah 18 and masih melaksanakan aktiviti merokok dengan jayanya. Sebenarnya waktu aku form 5 aku tetiba ada kesedaran nak berhenti merokok, maybe aku dah boleh berfikir dengan matang kot waktu tu. Tapi dapat berhenti pun 1 hari je haha. Esok nya aku merokok balik. Sehingga sekarang aku berasa menyesal tak terhingga sebab merokok. Aku baru dapat berfikir merokok ni boleh menghabiskan duit dengan cepat, muka pun dan cepat menua. Macam-macam lah, Aku berharap sangat supaya aku tak ditimpa penyakit kronik dek gejala merokok aku ni, Aku akan cuba berhenti merokok insha allah doakan saya. Kajian mengatakan rokok bukan nya menghilang kan stress tapi hanya menjadikan kita normal seperti biasa. Maksudnya bila aku tak merokok aku sebenarnya dalam keadaan stress and rokok je yang boleh buat kita normal macam manusia yang tak merokok dan ini semua kerja nikotin yang terkandung dalam rokok. Nasihat aku jangan lah try rokok sebab once you have start there don't have any U turn. Mungkin cakap senang berhenti je lah, jangan bergaul dengan perokok, dia tak tau ke perokok ni ramai kawan sebab rokok tu sendiri. Contoh nya,"bro ade lighter tak?" and disitulah bermula nya sebuah persabahatan. Susah beb nak berhenti merokok and walaupun kau dah berhenti merokok tapi possibllty nak merokok balik tu tinggi. Cikgu aku ade seorang yang merokok and dia pernah cerita bahawa dia pernah berhenti merokok dua puluh tahun lepas and dia start rokok balik tahun lepas and wa cakap sama lu, kuat gila dia merokok, bilik dia dah bau tembakau dah. So korang-korang yang menggatal nak start merokok tu silalah batalkan niat anda dan beli benda lain. Sekarang ni ekonomi Malaysia dah semakin merepek so fikir-fikir kan lah dan selamat beramal.

No comments:

Post a Comment