Translate

Sunday, November 13, 2016

Gadget

Hari-hari aku dilanda kebosanan yang tak terhingga. Bangun tidur, makan, hisap rokok, main phone, tidur. Hari-hari asyik ulang benda sama tapi itulah kehidupan didunia ini. Aku sedar kebosanan ini muncul apabila kehadiran gadget seperti handphone, laptop, dan lain-lain lagi. Sehingga kita pun tak tau nak buat apa ketika bosan. Bosan main phone. Itu je idea yang ada, seperti idea aktiviti selain main phone telah dibutakan dek phone itu sendiri. Kenapa kita sering berkata kita rindu zaman kanak-kanak kita? Sebab zaman kanak-kanak kita tidak di didik dengan gadget dan teknologi. Kita lebih fokus pada permainan tradisional dengan rakan-rakan. Sebab itu boleh dikatakan ramai anak kecil zaman sekarang lebih batak dengan phone berbanding bermain permainan tradisional. Kemunculan gadget juga jika diperhatikan lebih banyak membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan itu sendiri. Aku juga mengalami situasi begini. Ayah aku selalu melawak dengan aku tentang phone. Kadang-kadang dia bahan aku gelak sorang-sorang main phone macam orang gila dia kata. Memang betul dan kita kena menerima juga hakikat bahawa phone ini juga membawa kebaikan terutamanya seorang yang bergelar pelajar di Universiti. Phone memudahkan kita untuk mencari maklumat dengan sepantas kilat. Sebenarnya takde la kilat mana line internet di Malaysia ni bukan lah laju mana pun kalau nak dibandingkan dengan Luar Negara. Tapi tu lah kegunaan untuk mencari maklumat selalu disalahgunakan dengan mencari maklumat yang lebih merbahaya seperti cerita kongkek dan sebagainya. So aku sebagai insan yang merasai dua zaman; zaman tradisional dan zaman millenium dapat merasakan perubahan ini dan perubahan ini jika dinilai secara jujur lebih banyak negatif berbanding positif. Akhir kata aku berharap jika aku mempunyai anak aku dapat melatih dia untuk boleh berfikir dengan lebih matang kerana aku risau akan propaganda dunia yang semakin menggila.

No comments:

Post a Comment