So harini aku cuba nak cari idea nak borak-borak kat blogger ni. Sorry tau if aku guna bahasa rojak je dalam blog ni sebab aku tak pernah pulak diberitahu kalau nak main blogger kena guna Bahasa Melayu asli. Haha maybe kalau nak diikutkan sepatutnya aku sebagai rakyat Malaysia kena memartabatkan Bahasa Melayu. Haa so aku nak cari idea kan aku bukak la laptop macam biasa praktis C++, and bila dah bosan teringat pulak nak practice menaip laju haha. Aku pun buka gallery kat laptop ni. So aku pun mula la usha folder and ternampak satu picture candid orang panggil haaa, Gambar candid aku ketika umur 4 tahun. So aku nak cerita la pasal gambar aku ni.
Betullah kata orang setiap gambar boleh menyimpan sejuta kenangan bahkan kalau gambar ini boleh bersuara nescaya kita tak boleh tidur dek nak bercerita je pasal kenangan lalu. Waktu aku berada di dalam gambar ini aku masih ingat, aku berada di gallery lukisan bapak aku dan waktu tu aku tengah main teropong. Aku memakai baju Baby Kiko sepupu aku yang sekarang umurnya sudah mencecah 20 tahun keatas haha aku tak ingat sebenarnya. And sebab baju tu baju sepupu aku, sebab tu la kolar baju tu boleh menggelebeh kat bahu kanan aku haha. Kalau aku perempuan mungkin dah nampak tali coli kat atas bahu tu. Aku rasa waktu kecil je kot aku ikut peraturan sebab aku tuck-in baju, bila dah besar kalau boleh nak marah je siapa yang buat peraturan suruh tuck-in baju ni..Rimas!
Ada nampak tak kaki orang yang menyemak kat gambar tu? Tu bukan kaki bapak aku mahupun mak aku, tu kaki member bapak aku. Biasa la aku kan comel so sapa je yang tak nak kacau haha. Sekarang gallery lukisan bapak aku ni hanya tinggal kenangan je. Dia dah stop jadi artist fine art and lecturer fine art. Bukan tak minat melukis cuma aku tanya nenek aku kenapa bapak aku berhenti jadi pensyarah? Nenek aku cakap bapak aku tak suka ajar orang tua haha and bapak aku lebih minat kearah bisnes. So dia berhenti lah kerja yang dia tak minat tu. Sebanarnya ada sebab lain juga, bapak aku berhenti kerja tu sebab mak aku sakit; sakit yang agak mistik. Ye la mana tak nya bapak aku ni kerja jenis outstation je, mengajar kat UITM Shah Alam dengan UITM Manjung. selalunya dia balik dalam 2 atau 3 minggu sakali. Mak aku pulak baru bersalin adik aku yang kedua ni, and rumah yang kitorang duduk tu rumah banglo sewa and kitorang baru je pindah. Pemilik rumah tu cakap rumah ni lama dah kosong. Bapak aku jenis peduli apa sewa sebulan RM 800 kira murah lah kan untuk rumah banglo sebijik? Nahh tup tup mak aku sakit and family aku pindah ke rumah baru, baru lah sangat rumah mak bapak aku je haha(rumah nenek). Sampai lah sekarang aku duduk dengan nenek.
Sebenarnya aku tak panggil nenek belah bapak aku nenek, tapi aku panggil embah sebab family bapak aku ni orang jawa. Kalau korang nak tahu nenek dalam bahasa jawa embah wedok, kalau atuk pulak embah lanang. kira wedok tu maksudnya perempuan and lanang ni maksudnya lelaki. Haha walaupun jauh cerita daripada asal iaitu pasal gambar, tapi dah alang-alang merewang aku nak ceritakan lah serba sedikit pasal atuk aku ni yang dipanggil embah lanang.
Sebenarnya aku langsung tak pernah tengok atuk aku secara live sebab waktu aku masih kecil dia dah meninggal dunia. Aku tahu pasal atuk aku ni pun dari nenek aku. Tabiat nenek aku ni dia suka bercerita, biasa lah kan orang tua. Tapi tu la cerita dia selalu diulang macam cerita tu cerita baru pulak stail semangat dia bercerita. Aku pun sebagai cucu yang baik hanya mendengar dengan khusyuk tanpa tidur. Dalam banyak-banyak cerita ni cerita pasal embah lanang aku ni la aku suka sebab cerita dia macam adventure sikit. So starting dia atuk aku tu lahir kat kepulauan Jawa di Indonesia. Waktu dia dewasa dia berhijrah ke Tanah Melayu and masa tu waktu zaman Jepun memerintah ataupun waktu British memerintah Tanah Melayu ni. Niat dia nak buat rumah besat di Tanah Melayu.
Sampai je di Tanah Melayu yang sekarang nya dipanggil Parit 7, Sg Leman, Sekinchan dan ketika itu sekinchan hanyalah hutan dan pantai tempat embah aku berlabuh tu hutan paya bakau. Dia start buka kawasan itu yang mulanya hanyalah hutan dan penempatan-penempatan kecil agak jauh dari situ. Dia menebang pokok lalu dibuat rumah dan atap rumah yang dia buat hanyalah daripada atap nipah. Cita-cita untuk membuat rumah besar di Tanah Melayu belum mampu untuk dilaksanakan lagi. Kayu-kayu yang ditebang dikumpulkan dan disimpan untuk merealisasikan cita-cita rumah besar nya itu. Setelah penempatan baru di buka orang mula berpindah kesana. Waktu itu penjajah tidak sering kelihatan di kawasan Sekinchan kerana penjajah lebih memberi perhatian kepada kawasan yang kaya dengan bahan mentah. Atuk aku setiap hari menebang pokok dan membuka penempatan yang baharu. Jasa arwah atuk aku di hargai dengan memberi nama jalan kampung aku yang menuju ke pantai tempat atuk aku berlabuh sebagai Jalan Hj Ahmad Basar.
Pada umur mencecah 40 tahun kalau tak silap atuk aku kawin dengan nenek aku yang ketika itu baru berusia 13 tahun! Nenek aku merasai zaman kekejaman penjajah terhadap masyarakat tempatan kerana nenek aku lahir di Perak dan perak merupakan Negeri yang kaya dengan biji timah. Oleh itu nenek aku merasai kekejaman penjajah ketika itu. Dia pernah menceritakan dulu sewaktu zaman Jepun memerintah, makanan telah di catu dan jika askar jepun menjumpai makanan catuan seperti beras akan dirampas dan akan diseksa. Waktu itu nenek aku cakap beras yang family nenek aku ada seguni. Kerana tidak mahu diapa-apakan oleh tentera Jepun, bapak nenek aku menanam guni yang berisi beras itu kedalam tanah di dalam parit! Ko bayangkan berapa lapisan tu haha tanah, air. Nenek aku jugak cakap yang kakak dia pernah nak kena rogol dengan tentera jepun tapi nasib baik bapak nenek aku pandai slowtalk ngan askar Jepun tu. Aku tak pernah tau macam mana atuk aku boleh kawin dengan nenek aku sebab tak pernah tanya haha.
Okey bila atuk aku kawin dengan nenek aku ni, haa lupa nak cakap nenek aku pun orang Jawa. Ok sambung bila atuk aku kawin dengan nenek aku, atuk aku bawak nenek aku ke rumah pondok miliknya dan hidup di situ. Hasrat dia nak buat rumah besar tu tak pernah padam. Rumah besar sedang dalam pembinaan dan ketika itu nenek aku ni mengandung anak sulung. And waktu tu juga zaman Komunis memerintah. Rumah besar yang dibuat itu dibantu oleh orang kampung dan dilakukan secara bergotong royong. Atuk aku juga sebenarnya sudah dilantik menjadi ketua kampung. Elaun nya hanya $200 sehari membuktikan keikhlasan lebih besar daripada pangkat. Atuk aku disayangi semua penduduk kampung sehingga sekarang.
Setelah siap rumah baru yang ternyata memang besar dan sehingga sekarang tiada rumah kayu sebesar itu di kampung aku sehingga sekarang. Hanya abang bapak aku yang sulung dan yang kedua dapat merasai duduk di rumah pondok. Rumah pondok itu terletak di belakang rumah besar dan sekarang sudah menjadi kebun pokok pisang. Kadang-kadang aku kerja dengan embah aku bila aku takde duit and selalunya pekerjaan yang aku dapat ialah tebang pokok pisang yang dah berbuah. Setiap kali aku masuk ke kebun jauh di tengah kebun pasti ternampak tinggalan tapak rumah lama atuk aku itu. Nostalgia kembali menggamit jiwa tatkala aku bekerja dengan embah aku. Dengan hanya melihat tinggalan tapak rumah aku dapat mengagak rumah nya kecil sahaja dan tidak selesa.
Tetapi itulah yang menjadi perlindungan tatkala panas dan hujan. Timbul sedikit rasa bersyukur kepada Allah kerana kita hidup di zaman yang serba canggih, mudah dan selamat dari penjajahan fizikal meskipun kita sekarang ini dijajah mental kita oleh ideologi-ideologi moden.
Aku rasa sampai sini sajalah tangan ku menaip sebab dah ngantuk haha. Insha allah jika ada ruang dan waktu aku akan sambung kisah atuk aku and nenek aku. Good night!!
*Sorry if aku lari tajuk, nak cerita pasal gambar tapi macam fokus kat zaman atuk aku pulak haha
No comments:
Post a Comment