Aktiviti 1 yang memang kitorang tak boleh lupa ialah kitorang mandi terusan. Korang tau tak terusan ni ape? terusan ni parit yang ada kat ladang kelapa sawit tu. Disebabkan keliling kawasan sekolah aku adalah ladang kelapa sawit so memang terusan ni menjadi idaman setiap warga pelajar sekolah aku untuk mandi sebab tak tau lah maybe terusan ni macam swimming pool bagi kitorang and yang bestnya nak ke terusan ni amat mencabar. Firstly korang kena lompat parit besar untuk pergi ke pagar sekolah. parit tu geli nak mampos taik-taik aspura dan aspuri semua ada dalam parit yang nak melintas pagar tu. Bila dah lepas lompat, korang kena pulak pijak pagar tu, pagar tu dah lah berkarat and nak londehkan pagar tu bukan main susah. Lepas korang dah berjaya lalu pagar tu korang kena la pulak berjalan kaki untuk pergi ke terusan yang dikatakan paling seronok lah oleh senior-senior kat sekolah ni. Korang kenalah redah belukar, hati-hati jugak takut ada babi sebab dalam perjalanan memang banyak tapak kaki babi kat situ. Kelapa sawit pun kena hati-hati jugak sebab dia punya duri member aku dah kena dah bisa dia memang bikin cirit beb. Lebih kurang 300 meter la and korang pun akan sampai. Pergh memang cantik tempat tu wa cakap sama lu. Terusan nya luas, atasnya ada rel kereta api and memang nampak sweet lah bak drama-drama korea. Kat bawah ni aku tunjukkan sedikit daripada perjalanan kitorang ke terusan.
*Haaa yang paling tinggi tu lah aku, kacak kan haha
perghh baik la cerita luu
ReplyDelete