Cuti semester dah tak sama dengan cuti sekolah. Dulu waktu cuti sekolah best lah sebab semua kawan-kawan kita cuti sama tarikh dengan kita. Tapi bila dah cuti semester ni cuti saya dengan kawan-kawan dah lain sebab setiap university lain hari cutinya. So kat sini aku cerita kegiatan aku waktu cuti sem ni. Macam-macam aku dah buat seperti tidur dan makan. Sebenarnya cuti sem aku sangat lah membosankan haha tapi semenjak last-last ni banyak pulak aktiviti yang aku buat seperti membersihkan kebun, meracun rumput, belajar bawak kereta dan van haa tu je lah kot.
Aktiviti yang aku nak highlight kat sini ialah meracun rumput. Meracun rumput ni adalah kerja yang mudah sebenarnya dan orang ramai termasuk diri saya menganggap meracun rumput ni memang susah. First impression saya dekat racun rumput ni memang say no haha tapi nenek aku berkeras nak jugak aku buat so nak taknak kena lah buat and upah untuk cucu amatlah lumayan haha. Ok firstly korang kena ada barang-barang untuk meracun seperti pam racun, racun, penggalak, dan penyukat. Racun boleh didapati di kedai-kedai pertanian yang berdekatan dan lain jenis racun lain juga masa rumput untuk mati. Racun yang aku gunakan disini ialah racun yang lambat mati tapi lambat juga untuk rumput boleh tumbuh balik.
So korang pun kena tahu jugak racun jenis apa yang korang guna tu sebab racun ni ada dua jenis racun serap and racun tak serap haha yang serap ni ambil masa yang lama nak mati and racun tak serap ni sekejap je sehari pun dah bole nampak dah rumput layu. Racun serap better digunakan jika nak rumput tu lambat mati and lambat juga nak hidup. Racun ni akan serap sampai ke akar tu la sebab dia lambat nak hidup balik. So korang bila nak bancuh tu bancuh mengikut peraturan dan aturan yang telah ditetapkan. Korang boleh tengok kat bekas racun tu kalau nak tau aturan dan sukatan racun yang korang nak guna tu. Aku punya bekas racun 15 litre so racun yang aku guna 200 mililitre and activisor sebanyak 10 ml. Racun ni guna activisor supaya racun ni kalau disembur ke rumput racun tersebut tidak akan luntur kerana activisor ni kerjanya macam lekatkan racun kat rumput tersebut.
After korang dah bancuh racun tu, korang kena lah test dulu pam racun and try sembur. Laraskan benda yang kat depan tu untuk dapatkan semburan yang sesuai. Untuk meracun rumput korang kena pastikan racun yang disembur cukup hanya sekadar kena pada daun. Pastikan irama kaki, pam selari agar dapat racun dengan selesa. Jika nak racun rumput yang berhampiran dengan pokok ke bunga kesayangan ke, pastikan racun dengan keadaan rendah agar tak kena semburan racun tersebut pada pokok kesayangan kita tu.
No comments:
Post a Comment