Translate

Tuesday, November 8, 2016

Why i create Blogger account?

  Assalamualaikum dan selamat malam buat orang Malaysia khususnya di Sekinchan. Hari ini kira hari bersejarah la dalam kehidupan aku sebab ni first time aku buat benda yang kira kalau member-member aku nampak memang kena gelak je la jawabnya. Ye la mana tak nya aku ni kira macam budak yang tak skema lah kan tiba-tiba buat blogger haha. Aku pun rasa kurang enak sekarang ni, sebab main blogger ni macam tulis diary and diary ni kan selalu nya budak perempuan yang main. Maybe member-member aku bayangkan kalau aku main blogger ni aku tengah menaip sambil pakai gincu, pakai skirt and then buat muka ayu. Ah dari asyik dengar "member aku cakap, member aku pikir, member,member,memb,mem,arghhh.... Peduli apa aku kata orang, yang penting niat asal aku baik. Korang nak tau tak apa pasal lelaki yang mempunyai wajah gengster macam aku ni main blog?haa ni sebabnya, sebabnya aku tengah cuti sem sekarang ni so bila cuti sem melangak lah jawabnya. And bila dah melangak mula lah aku cari idea nak atasi "langak" aku ni hahaaa.

  So ada lah satu hari seperti biasa aku bangun dari tidur. Remaja macam aku ni selalu bangun tidur jam 11.00 a.m dan keatas. So pagi tu aku buka mata aku, capai handphone aku, check notification bar, "uish biar betul takde notification?!" desus hati ku hehe macam novel lah pulakkan. Rupa-rupa nya aku tak on data. Tu je haha ye la tak akan la takda notification aku hensem kot haha. Ok bila dah on dara ehh DATA haha typo di situ. Ok bila dah on data masuk lah notification macam air sungai yang sangat deras. Aku pun mula membaca satu persatu sehingga habis. Cuma satu notification yang selalu aku abaikan iaitu group wassap kelas. Aku pun tak tahu la ape pasal budak-budak kelas aku 99% budak yang kalau dalam bahasa yang sangat lembut aku panggil skema la, kalau jahat sikit noob. Aku mengharapkan aku dapat kelas yang nakal-nakal sebab aku dikira golongan nakal lah kan. Kira macam tak ada life lah kan, korang bayangkan la kalau kelas kos kejuruteraan ni macam mana, awek jarang nak jumpa sebab semua majoriti jenis muka yang sukakan kekasaran. Tak macam budak sains, majoriti muka lebih kepada kecomelan. Perempuan kelas aku ni sikit, lepastu lelaki ramai. Korang mesti pikir kalau lelaki ramai mesti lah best, tapi masalahnya lawak mereka itu sesungguhnya aku tak boleh masuk. Memang aku dah paksa senyum dah! tak boleh. Aku kalau paksa jugak senyum muka aku persis beruk singapore. Haha ni macam dah melalut.

   So kita sambung yang aku dekat phone tadi. Waktu tu tak tau macam mana aku boleh usha pulak group kelas aku. Macam biasa lawak-lawak hambar, tapi tetiba aku ada baca sesuatu yang kawan aku post dalam group tu pasal C++. C++ ni programming computer and sem dua aku kena belajar subject ni. Aku ni jenis yang minat benda baharu, mesti aku nak cuba. Lepas cuba baru aku nilai dari seluruh aspek. Kalau best dan macam ada peningkatan baru aku kekalkan dan amalkan benda baru yang aku dapat tu. So kawan aku tadi post application untuk belajar C++ for phone. https://www.sololearn.com/. Haa ni lah link yang member aku share. First impression aku memang happy sebab aku dah lama nak kaji tentang programming. So aku terus download. Waktu download tu aku usha la company tu punya produk pergh rambang mata aku tengok. Bukan C++ je ada, ada Java, HTML, and macam-macam lagi. tapi aku cuba relax, jangan gelojoh buat kerja, buat satu-satu. Habis je download aku open app tu and explore. Lepas aku usha aku terus try. Bukak laptop and follow instruction. So ape kena mengena nya C++ dengan aku layan blogger? Haha ni lah aku sebenarnya banyak sangat tengok movie. Kadang tu aku tengok movie hacker dia orang typing computer laju gila. Start tu aku usha google then ada satu web ni http://www.ratatype.com/learn/ haa laman web ni pulak ajar aku macam mana nak typing keyboard dengan betul, laju, pantas dan mengikut cara yang telah ditetapkan bukan macam dulu dah haha. Dulu type guna dua jari, sekarang hehe sepuluh jari mat. Lama-lama aku bosan lah kan main typing kat laman web tu sebab latihan dia bagi kat situ latihan menaip. Nanti ko kena taip and dia akan bagitahu korang punya kelajuan typing korang. Aku dapat paling laju pun 23 words/min. so lebih kurang sejam la aku kalau nak typing 1000 words. So bila dah bosan main benda sama, aku pikir macam mana aku nak kasi berlatih typing keyboard setiap hari dengan seronok, tak nak bosan-bosan.
Tiba-tiba entah macamana aku boleh terlintas idea nak layan blogger ni haha. So waktu tu juga aku create account blogger seketul dan try. Not bad la aku suka blogger ni sebab simple and sebab utama nya member-member aku tak tau aku buat ni so tak kantoi la haha. Ok sampai di sini je lah. Byee.

*sejam aku taip ni agak-agak sampai seribu patah perkataan tak?

No comments:

Post a Comment