Translate

Saturday, November 19, 2016

Belajar memandu kereta itu mudah

  Hari ni firstime aku bawak kereta dalam sejarah aku belajar bawak kereta. Aku sebenar nya nak belajar bawak kereta dah lama dah tapi tu lah malas. Bapak aku pun dah banyak kali jugak cakap nak ajar aku bawak kereta tapi malas lebih dahsyat daripada segalanya. Aku lebih banyak buang masa main Hp and laptop, betullah apa yang dikatakan khatib semasa khutbah jumaat semalam, gadget membawa kepada kelekaan. Tapi harini aku dapat ws daripada kawan aku dari Manjung Perak dia cakap nak datang Sungai Besar Selangor. Dia ajak aku and aku pun moto dah takde(kene curi dengan si pencuri jilakee), so ada kereta and aku memang tak tau langsung nak bawak kerata. Aku sebenarnya dah banyak kali janji ngan kawan-kawan aku untuk belajar bawak kereta sebab diorang lepak kadang aku tak join so tak best lah kan. Aku ni kira penghibur dikala melepak disebabkan aku ni jenis lawak-lawak orang nye hehe. So aku pun balas lah ws kawan aku tu. Ws tersebut berbunyi "wei sorry lah aku tak dapat join korang, aku cakap kat bapak aku nak pinjam kereta tapi dia tak bagi sebab aku tak reti bawak kereta so petang ni pulak dia suruh aku belajar bawak kereta dengan dia." Haha penipuan disitu aku cakap kat bapak aku nak pinjam kereta. Yang sebenarnya aku cakap kat bapak aku nak belajar bawak kereta je.

  So dia memang setuju gila la sebab dia suka kalau aku buat kerja selain daripada main phone. Dia suruh aku mintakkan kunci van kat paman(pakcik in JAWA Language) aku. Mak ai terkejut aku asal van pulak ni. Rupa-rupanya dalam kereta bapak aku tu ade kucing bersalin so bapak aku rasa kesian nak buang kucing tu kang mak dia tercari-cari pulak kan. Aku pun gegar paman aku yang tengah tidur and mintak kunci van. Sebenarnya ada lah beberapa sebab bapak aku suruh aku bawak van antara sebab-sebab nya ialah bapak aku nak aku belajar bawak kereta manual and van yang bakal aku bawak ni nanti manual. Sebab seterusnya bapak aku nak angkut tanah kat tepi jalan, tanah yang telah di buang oleh pembuat jalan; untuk makluman jalan daripada Kuala Selangor hingga ke Teluk Intan akan ditukarkan daripada Jalan Persekutuan kepada Lebuhraya. So pembuat jalan ni korek jalan lama and buat jalan baru. Jalan yang di korek tadi tu lah bapak aku nak angkut.

  Aku punya exited first time nak bawak van tu siap nak start enjin and nak bawak. Bapak aku gelak and cakap relek la biar bapak bawak dulu. Aku pun rasa malu busuk jugak lah and bapak aku pun bawak, waktu dia bawak tu dia start jadi penceramah lesen, dia ceramah la ape yang patut di buat. Apa yang aku dapat dari bapak aku sewaktu ceramah?

- start bawak kereta yang first time kita pandu tak kira lah kita dah pro ke ape, make sure 5 minit yang terawal sesuaikan diri dahulu dengan kereta tersebut

=maksud bapak aku tu 5minit yang terawal kita kena biasakan dengan keadaan brek dia, bila kita brek tu setakat mana kuat brek tersebut. Rasa gear dia lembut atau keras, usha cermin sesuai tak dengan keadaan memandu kita tu

So aku first bawak macam ok sekali ade lopak aku nak elak terhuyung-hayang van tu sebab aku selalu main game kalau nak elak ke ape ke nak belok sikit aku pusing stering kereta kaw-kaw. Rupa-rupanya main pusing sikit-sikit je kalau bawak slow. Kalau bawak laju ye lah kena fokus gila dekat stering tu. Takdelah fokus gila maybe aku baru belajar tu yang fokus gila kot. Tapi lama-lama aku ok. Dia ajar aku untuk bawak kereta betul-betul dalam row jalan yang betul. Kalau tak sebelum dia nasihat tu aku bawak sekejap tayar kiri ke rumput, tayar kanan makan jalan orang.

  Next cabaran simpang nak belok, ni pun aku menggelabah jugak sebab simpang tu dah lah berbukit and aku tak reti main clutch kaki ni, nasib baik belakang takde kereta sebab kan berbukit, bila aku dah atas bukit tu aku brek, masuk gear 1 and nak teruskan belok tu aku susah nak tentukan untuk lepas kan brek and terus tekan minyak laju-laju ke camner sebab kalau aku lepas brek tu konfirm-konfirm aku punya van tu terundur ke belakang sebab berbukit. So bapak aku cakap

-Waktu nak lepaskan brek tu make sure clutch kaki tu dilepaskan slow-slow and imbangkan dengan pedal minyak.

*Maksud bapak aku tu waktu sebelum lepaskan brek tu kaki yang kat clutch tu lepaskan perlahan-lahan and pada masa yang sama brek juga dilepaskan. Bila anda buat dua kerja ini serentak anda dapat rasa kan fungsi clutch yang kita lepaskan itu fungsinya macam "brek" sebab bila clutch dilepaskan, kenderaan akan bergerak ke depan so gerakan ini melawan daya graviti yang ditarik kerana bukit yang curam menghasilkan darjah graviti yang berbeza yang memboleh kan kenderaan tersebut mengundur kebelakang jika kita tidak mengenakan daya yang sama dengan daya kebelakang itu. Daripada daya geseran yang dikenakan pada brek, kira tukarkan kepada daya tujah kehadapan apabila kita melepaskan clutch slow-slow. Bila lepaskan clutch kemungkinan kenderaan akan mengundur juga tetapi tidak laju. So untuk tambah kan daya oleh clutch yang tak berapa nak kuat lawan daya kebelakang tu, kita tekan pedal minyak. Kemungkinan akan berlaku bila kita tekan pedal minyak. Pertama kereta akan statik dilereng bukit, kedua kenderaan tersebut akan bergerak kehadapan. Jadi bila kenderaan tersebut hanpir terlajak, tekan brek. Lakukan proses ini secara berulang sehingga jalan kosong dan anda boleh membuat belok dengan melepaskan cluth dan menekan pedal minyak pada masa yang sama.

  So aku rasa itu je lah kot apa yang aku dapat hari ni. Kalau bab belok-belok tu aku ok kot sebab banyak main game parking. Cuma mata kena allert bila nak buat belok, bila ada orang ramai, bila nampak simpang sebab moto ni selalu punca. Moto ni ajaib nya ko tengok line dah clear, sekali tetiba boleh muncul kan depan mata.


*Tu je lah aku rasa perkongsian aku harini. semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment