Translate

Monday, November 28, 2016

cara meracun rumput

  Cuti semester dah tak sama dengan cuti sekolah. Dulu waktu cuti sekolah best lah sebab semua kawan-kawan kita cuti sama tarikh dengan kita. Tapi bila dah cuti semester ni cuti saya dengan kawan-kawan dah lain sebab setiap university lain hari cutinya. So kat sini aku cerita kegiatan aku waktu cuti sem ni. Macam-macam aku dah buat seperti tidur dan makan. Sebenarnya cuti sem aku sangat lah membosankan haha tapi semenjak last-last ni banyak pulak aktiviti yang aku buat seperti membersihkan kebun, meracun rumput, belajar bawak kereta dan van haa tu je lah kot.

  Aktiviti yang aku nak highlight kat sini ialah meracun rumput. Meracun rumput ni adalah kerja yang mudah sebenarnya dan orang ramai termasuk diri saya menganggap meracun rumput ni memang susah. First impression saya dekat racun rumput ni memang say no haha tapi nenek aku berkeras nak jugak aku buat so nak taknak kena lah buat and upah untuk cucu amatlah lumayan haha.  Ok firstly korang kena ada barang-barang untuk meracun seperti pam racun, racun, penggalak, dan penyukat. Racun boleh didapati di kedai-kedai pertanian yang berdekatan dan lain jenis racun lain juga masa rumput untuk mati. Racun yang aku gunakan disini ialah racun yang lambat mati tapi lambat juga untuk rumput boleh tumbuh balik.

  So korang pun kena tahu jugak racun jenis apa yang korang guna tu sebab racun ni ada dua jenis racun serap and racun tak serap haha yang serap ni ambil masa yang lama nak mati and racun tak serap ni sekejap je sehari pun dah bole nampak dah rumput layu. Racun serap better digunakan jika nak rumput tu lambat mati and lambat juga nak hidup. Racun ni akan serap sampai ke akar tu la sebab dia lambat nak hidup balik. So korang bila nak bancuh tu bancuh mengikut peraturan dan aturan yang telah ditetapkan. Korang boleh tengok kat bekas racun tu kalau nak tau aturan dan sukatan racun yang korang nak guna tu. Aku punya bekas racun 15 litre so racun yang aku guna 200 mililitre and activisor sebanyak 10 ml. Racun ni guna activisor supaya racun ni kalau disembur ke rumput racun tersebut tidak akan luntur kerana activisor ni kerjanya macam lekatkan racun kat rumput tersebut.

  After korang dah bancuh racun tu, korang kena lah test dulu pam racun and try sembur. Laraskan benda yang kat depan tu untuk dapatkan semburan yang sesuai. Untuk meracun rumput korang kena pastikan racun yang disembur cukup hanya sekadar kena pada daun. Pastikan irama kaki, pam selari agar dapat racun dengan selesa. Jika nak racun rumput yang berhampiran dengan pokok ke bunga kesayangan ke, pastikan racun dengan keadaan rendah agar tak kena semburan racun tersebut pada pokok kesayangan kita tu.

Saturday, November 19, 2016

Belajar memandu kereta itu mudah

  Hari ni firstime aku bawak kereta dalam sejarah aku belajar bawak kereta. Aku sebenar nya nak belajar bawak kereta dah lama dah tapi tu lah malas. Bapak aku pun dah banyak kali jugak cakap nak ajar aku bawak kereta tapi malas lebih dahsyat daripada segalanya. Aku lebih banyak buang masa main Hp and laptop, betullah apa yang dikatakan khatib semasa khutbah jumaat semalam, gadget membawa kepada kelekaan. Tapi harini aku dapat ws daripada kawan aku dari Manjung Perak dia cakap nak datang Sungai Besar Selangor. Dia ajak aku and aku pun moto dah takde(kene curi dengan si pencuri jilakee), so ada kereta and aku memang tak tau langsung nak bawak kerata. Aku sebenarnya dah banyak kali janji ngan kawan-kawan aku untuk belajar bawak kereta sebab diorang lepak kadang aku tak join so tak best lah kan. Aku ni kira penghibur dikala melepak disebabkan aku ni jenis lawak-lawak orang nye hehe. So aku pun balas lah ws kawan aku tu. Ws tersebut berbunyi "wei sorry lah aku tak dapat join korang, aku cakap kat bapak aku nak pinjam kereta tapi dia tak bagi sebab aku tak reti bawak kereta so petang ni pulak dia suruh aku belajar bawak kereta dengan dia." Haha penipuan disitu aku cakap kat bapak aku nak pinjam kereta. Yang sebenarnya aku cakap kat bapak aku nak belajar bawak kereta je.

  So dia memang setuju gila la sebab dia suka kalau aku buat kerja selain daripada main phone. Dia suruh aku mintakkan kunci van kat paman(pakcik in JAWA Language) aku. Mak ai terkejut aku asal van pulak ni. Rupa-rupanya dalam kereta bapak aku tu ade kucing bersalin so bapak aku rasa kesian nak buang kucing tu kang mak dia tercari-cari pulak kan. Aku pun gegar paman aku yang tengah tidur and mintak kunci van. Sebenarnya ada lah beberapa sebab bapak aku suruh aku bawak van antara sebab-sebab nya ialah bapak aku nak aku belajar bawak kereta manual and van yang bakal aku bawak ni nanti manual. Sebab seterusnya bapak aku nak angkut tanah kat tepi jalan, tanah yang telah di buang oleh pembuat jalan; untuk makluman jalan daripada Kuala Selangor hingga ke Teluk Intan akan ditukarkan daripada Jalan Persekutuan kepada Lebuhraya. So pembuat jalan ni korek jalan lama and buat jalan baru. Jalan yang di korek tadi tu lah bapak aku nak angkut.

  Aku punya exited first time nak bawak van tu siap nak start enjin and nak bawak. Bapak aku gelak and cakap relek la biar bapak bawak dulu. Aku pun rasa malu busuk jugak lah and bapak aku pun bawak, waktu dia bawak tu dia start jadi penceramah lesen, dia ceramah la ape yang patut di buat. Apa yang aku dapat dari bapak aku sewaktu ceramah?

- start bawak kereta yang first time kita pandu tak kira lah kita dah pro ke ape, make sure 5 minit yang terawal sesuaikan diri dahulu dengan kereta tersebut

=maksud bapak aku tu 5minit yang terawal kita kena biasakan dengan keadaan brek dia, bila kita brek tu setakat mana kuat brek tersebut. Rasa gear dia lembut atau keras, usha cermin sesuai tak dengan keadaan memandu kita tu

So aku first bawak macam ok sekali ade lopak aku nak elak terhuyung-hayang van tu sebab aku selalu main game kalau nak elak ke ape ke nak belok sikit aku pusing stering kereta kaw-kaw. Rupa-rupanya main pusing sikit-sikit je kalau bawak slow. Kalau bawak laju ye lah kena fokus gila dekat stering tu. Takdelah fokus gila maybe aku baru belajar tu yang fokus gila kot. Tapi lama-lama aku ok. Dia ajar aku untuk bawak kereta betul-betul dalam row jalan yang betul. Kalau tak sebelum dia nasihat tu aku bawak sekejap tayar kiri ke rumput, tayar kanan makan jalan orang.

  Next cabaran simpang nak belok, ni pun aku menggelabah jugak sebab simpang tu dah lah berbukit and aku tak reti main clutch kaki ni, nasib baik belakang takde kereta sebab kan berbukit, bila aku dah atas bukit tu aku brek, masuk gear 1 and nak teruskan belok tu aku susah nak tentukan untuk lepas kan brek and terus tekan minyak laju-laju ke camner sebab kalau aku lepas brek tu konfirm-konfirm aku punya van tu terundur ke belakang sebab berbukit. So bapak aku cakap

-Waktu nak lepaskan brek tu make sure clutch kaki tu dilepaskan slow-slow and imbangkan dengan pedal minyak.

*Maksud bapak aku tu waktu sebelum lepaskan brek tu kaki yang kat clutch tu lepaskan perlahan-lahan and pada masa yang sama brek juga dilepaskan. Bila anda buat dua kerja ini serentak anda dapat rasa kan fungsi clutch yang kita lepaskan itu fungsinya macam "brek" sebab bila clutch dilepaskan, kenderaan akan bergerak ke depan so gerakan ini melawan daya graviti yang ditarik kerana bukit yang curam menghasilkan darjah graviti yang berbeza yang memboleh kan kenderaan tersebut mengundur kebelakang jika kita tidak mengenakan daya yang sama dengan daya kebelakang itu. Daripada daya geseran yang dikenakan pada brek, kira tukarkan kepada daya tujah kehadapan apabila kita melepaskan clutch slow-slow. Bila lepaskan clutch kemungkinan kenderaan akan mengundur juga tetapi tidak laju. So untuk tambah kan daya oleh clutch yang tak berapa nak kuat lawan daya kebelakang tu, kita tekan pedal minyak. Kemungkinan akan berlaku bila kita tekan pedal minyak. Pertama kereta akan statik dilereng bukit, kedua kenderaan tersebut akan bergerak kehadapan. Jadi bila kenderaan tersebut hanpir terlajak, tekan brek. Lakukan proses ini secara berulang sehingga jalan kosong dan anda boleh membuat belok dengan melepaskan cluth dan menekan pedal minyak pada masa yang sama.

  So aku rasa itu je lah kot apa yang aku dapat hari ni. Kalau bab belok-belok tu aku ok kot sebab banyak main game parking. Cuma mata kena allert bila nak buat belok, bila ada orang ramai, bila nampak simpang sebab moto ni selalu punca. Moto ni ajaib nya ko tengok line dah clear, sekali tetiba boleh muncul kan depan mata.


*Tu je lah aku rasa perkongsian aku harini. semoga bermanfaat

Thursday, November 17, 2016

Kenangan SPM

  Korang amacam yang jawab kertas SPM paper Addmath harini? katanya susah gila sampai aku usha kat twitter cikgu addmath sendiri pun rasa nak nangis tengok soalan tu haha. Biasalah tu nama pun addmath wajib lah susah. Aku dulu pun time SPM target lulus je sekali dapat B. Tu semua tuhan punya kerja korang relek je. Ok waktu SPM ni lah aku rasa banyak kenangan manis yang telah tercipta daripada semenjak aku sekolah menengah ni. Di sebabkan time SPM aku paling panjang waktunya (sebulan camtu lah) disebabkan aku ada ambil subjek Teknologi Kejuruteraan yang mengikut jadual satu Malaysia menunjukkan subjek tersebut dijalankan peperiksaan pada hari last. So banyak lah aktiviti nakal kitorang sampai kena sepak-sepak dengan cikgu.

Aktiviti 1 yang memang kitorang tak boleh lupa ialah kitorang mandi terusan. Korang tau tak terusan ni ape? terusan ni parit yang ada kat ladang kelapa sawit tu. Disebabkan keliling kawasan sekolah aku adalah ladang kelapa sawit so memang terusan ni menjadi idaman setiap warga pelajar sekolah aku untuk mandi sebab tak tau lah maybe terusan ni macam swimming pool bagi kitorang and yang bestnya nak ke terusan ni amat mencabar. Firstly korang kena lompat parit besar untuk pergi ke pagar sekolah. parit tu geli nak mampos taik-taik aspura dan aspuri semua ada dalam parit yang nak melintas pagar tu. Bila dah lepas lompat, korang kena pulak pijak pagar tu, pagar tu dah lah berkarat and nak londehkan pagar tu bukan main susah. Lepas korang dah berjaya lalu pagar tu korang kena la pulak berjalan kaki untuk pergi ke terusan yang dikatakan paling seronok lah oleh senior-senior kat sekolah ni. Korang kenalah redah belukar, hati-hati jugak takut ada babi sebab dalam perjalanan memang banyak tapak kaki babi kat situ. Kelapa sawit pun kena hati-hati jugak sebab dia punya duri member aku dah kena dah bisa dia memang bikin cirit beb. Lebih kurang 300 meter la and korang pun akan sampai. Pergh memang cantik tempat tu wa cakap sama lu. Terusan nya luas, atasnya ada rel kereta api and memang nampak sweet lah bak drama-drama korea. Kat bawah ni aku tunjukkan sedikit daripada perjalanan kitorang ke terusan.
                                     
                                          *Haaa yang paling tinggi tu lah aku, kacak kan haha 


Addiction with something

  Aku harini nak ceritakan tentang ketagihan. Ketagihan ni bunyinya macam dah negatif dah sebab orang pikir ketagihan ni mesti berkaitan dengan dadah, arak, rokok, dan sebagainya lah yang negatif-negatif. Aku pun ade ketagihan jugak macam merokok. Point harini aku nak cakap macam mana kita boleh ketagih dan contoh yang aku boleh bagi ialah rokok sebab ade kaitan dengan aku. Bahkan aku tengah menaip ni pun ade rokok kat mulut aku ni. So harini aku nak ceritakan pasal kisah aku ketagih rokok.

  Firstly, aku dah didedahkan pasal rokok waktu aku berusia 5 tahun lagi. Waktu tu aku duduk Johor, kat kampung belah mak aku. Masa tu aku duduk sekali dengan sepupu aku orang KL. Aku dengan dia ni memang rapat lah dah macam adik beradik. Dia masa tu umur dah belasan tahun kalau tak silap sebab time aku mandi dengan dia aku tengok dia dah ade jembut haha. Ada lah satu hari tu aku dengan lepak dengan dia kat bilik and aku nampak dia hisap rokok. Actually bapak aku merokok so aku tak heran sangat kalau nampak rokok. Tapi time tu aku konon jadi batak la kan sebab dia tu sepupu aku and kitorang ni dah macam buddyz la, apa dia buat kitorang buat sama-sama. So dia hisap rokok tu boleh pulak dia hulur kat aku cakap "nak rasa?", aku pun acah-acah pantang dicabar lah kan. Aku pun ambil sebatang and hisap. Tapi okay lah kan sebab aku hisap pun tak tarik, sekadar main-main gitu je asal berasap mulut.

  Lepastu kantoi dengan adik-adik aku. Ape lagi adik-adik aku tu kira buddyz jugak lah masa tu. 2 orang adik aku hisap sekali haha. Sorang 3 tahun and sorang lagi 2 tahun kot kalau tak silap tapi deorang isap sekali tu je lepas tu dah tak dah. Aku je acah-acah macam kemaruk rokok sampai cari-cari puntung tepi jalan, rembat rokok pakcik aku, rembat rokok bapak aku hahaha. Rembat rokok bapak ni paling tak boleh bla sebab waktu aku tengah rembat tu tetiba aku nampak bapak aku datang, and aku tak sempat nak buat ape-ape and terus terabur rokok nye, aku lari and acah-acah tengok TV. Bapak aku jerkah kat aku "Sape ambil rokok bapak!!" aku pun jenis pandai buat muka blur and aku cakap lah tak tau hahaha. Selamat lah kat situ. Sepupu aku tu pun dapat beli rokok atas bantuan aku. Bila dia nak beli rokok kat Petronas, dia ajak aku. Dia dah set dah suruh aku berlakon jadi adik dia. Then bila dia beli kat kaunter tu dia bagi aku rokok tu and cakap kuat jugak lah supaya caisher tu boleh dengar. "Ki ni rokok ni jangan lupa bagi bapak". Kimak kalau diingat-ingat lakonan tu punya lah tak boleh bla.

  And aku dok johor tak lama, and lepastu aku dok Selangor dan kat Sekinchan. Sepanjang aku pindah sampailah darjah 3. darjah 3 aku boleh start rokok balik sebab aku time tu baru pergi ke surau. Sepupu aku ni ajak. Seminggu dua minggu ok lah niat nak ke surau nak solat, tapi dalam proses nak nakal tu berputik apabila aku start berkenalan dengan budak-budak yang solat sekali kat surau tu. Semua nakal tahap cipan. Banyak kenangan manis and pahit aku dengan diaorang. Dia orang lah yang ajar aku solat main-main. Waktu solat bising-bising, main kejar-kejar sampai kena marah dengan orang kampung. Ketua budak nakal tu jiran sebelah rumah aku je mase tu. Dia paling cilaka nakal dia, kedua cilaka adik dia. Aku ni kira tahap pertengahan la tak teruk sangat. Haaa ketua dia ni lah yang ajar aku merokok balik. Dia ajak semua member-member childhood aku pergi atas menara surau tempat speaker azan tu. Kat situ lah kitorang melakukan aktiviti merokok tu.

  Tapi aktiviti rokok kitorang tak bertahan lama sebab dia orang kantoi dengan imam surau tu and imam surau tu pulak bapak geng member kitorang. Aku nasib baik tak pergi surau masa tu haha. Dia orang kena lempang sekor-sekor. Hahahahaha aku gelak-gelakkan dia orang. So aku pun dah stop merokok and masa pun cepat berlalu sampai lah aku form 2. Waktu tu aku bersekolah asrama and waktu aku ponteng prep malam aku ternampak member aku isap rokok. Ape lagi masa tu pun zaman baru nak up aku pun isap sekali dengan dia. And aku pun dah pandai beli rokok sendiri kat luar and bawak masuk asrama. Ahah! waktu form 2 tu aku baru belajar tarik asap rokok dan kerana kaedah tarik ni lah yang membuatkan aku ketagih sampai sekarang. Aku belajar tarik asap rokok ni pun bukan dekat asrama tapi kat kampung aku jugak, dari geng-geng surau aku jugak. Ye lah aku kan dok asrama sekali balik kampung tengok budak-budak semua dah isap rokok dengan teknik tarik haha aku pun ape lagi nak belajar lah kan. So member aku sorang ni suruh aku cucuh dulu rokok Surya pergh rokok berat tu beb! Aku pun cucuh lah and dia ajar step-step tarik and first tarik je aku telah tewas. Kepala aku berat nak mampus and loya cam sial. Aku kena baring je kalau duduk ke bangun ke konfirm muntah. Nak sejam jugak lah aku terbaring. Start tu rasa tanak lah kot isap rokok ni. tapi esoknya aku isap jugak tapi dah tak pening and start hari aku dah tak pening tu aku baru sedar kenikmatan tarik ni. Rasa kesegaran yang tak terhingga di bahagian saraf otak aku ni.

  Sehingga kini umur aku sudah 18 and masih melaksanakan aktiviti merokok dengan jayanya. Sebenarnya waktu aku form 5 aku tetiba ada kesedaran nak berhenti merokok, maybe aku dah boleh berfikir dengan matang kot waktu tu. Tapi dapat berhenti pun 1 hari je haha. Esok nya aku merokok balik. Sehingga sekarang aku berasa menyesal tak terhingga sebab merokok. Aku baru dapat berfikir merokok ni boleh menghabiskan duit dengan cepat, muka pun dan cepat menua. Macam-macam lah, Aku berharap sangat supaya aku tak ditimpa penyakit kronik dek gejala merokok aku ni, Aku akan cuba berhenti merokok insha allah doakan saya. Kajian mengatakan rokok bukan nya menghilang kan stress tapi hanya menjadikan kita normal seperti biasa. Maksudnya bila aku tak merokok aku sebenarnya dalam keadaan stress and rokok je yang boleh buat kita normal macam manusia yang tak merokok dan ini semua kerja nikotin yang terkandung dalam rokok. Nasihat aku jangan lah try rokok sebab once you have start there don't have any U turn. Mungkin cakap senang berhenti je lah, jangan bergaul dengan perokok, dia tak tau ke perokok ni ramai kawan sebab rokok tu sendiri. Contoh nya,"bro ade lighter tak?" and disitulah bermula nya sebuah persabahatan. Susah beb nak berhenti merokok and walaupun kau dah berhenti merokok tapi possibllty nak merokok balik tu tinggi. Cikgu aku ade seorang yang merokok and dia pernah cerita bahawa dia pernah berhenti merokok dua puluh tahun lepas and dia start rokok balik tahun lepas and wa cakap sama lu, kuat gila dia merokok, bilik dia dah bau tembakau dah. So korang-korang yang menggatal nak start merokok tu silalah batalkan niat anda dan beli benda lain. Sekarang ni ekonomi Malaysia dah semakin merepek so fikir-fikir kan lah dan selamat beramal.

Tuesday, November 15, 2016

Alhamdulillah syukur ya Allah

  Pergh aku pikir saje-saje je nak usha email aku nak siot tak siot la result first sem dah keluar. Bapak dia aku pun ape lagi klik la kan dia boleh pulak buat taik line tenet ni loading lama nak mampos. Mana aku tak cuak nye. Tapi Alhamdulillah result aku memang kena dengan usaha aku selama ini yang tak sebeberapa ni. 2.92 CGPA. Aku bersyukur sebab masih lulus sebab kalau fail kena tendang atau repeat paper. Kalau kena tendang kena bayar balik duit bantuan KPT. RM 2000 tu mat bukan sikit. So aku bersyukur sangat-sangat pada Allah sebab memudahkan hidup aku dan aku tak jadi bebanan ekonomi kepada mak bapak aku.

  Aku paling teruk dalam slip tu aku tengok subjek English, memang padan la dapat C aku kalau kelas dia tidur je kerja nye. Kelas dia dah la pagi-pagi and aku jenis tidur lewat malam. Alhamdulillah la kan dapat C kalau dapat D!! nah tak hamak aku nak repeat. Paling tinggi aku dapat A- je tu pun fizik. Aku memang minat gila dengan fizik sebab tu lah fizik ni tak bosan and lagi satu, lecturer dia garang gila and memang suka target aku. Subjek aku yang lain semua B and B-. Chemistry alhamdulillah jugak aku dapat B- and sama juga dengan Computer Science, B- jugak. Computer Science ni dah lah waktu pekse aku jawab memang main hembus kaw-kaw sampai dah takde idea aku terus berambus keluar awal haha. Apalagi semua pun cakap la ceyy pandai ceyy panndaaaii keluar awal pala buto pak hang.

  Itu je kot aku nak kongsi dengan korang harini. Sori lah harini luahan perasaan je lah sebab aku pun takde idea nak sembang ape. So aku nak nasihatkan korang yang nak ambil kos asasi kat UiTM ke UM ke tak kesah la mana-mana pun. Make sure korang memang dah ready la nak belajar cara belajar yang konsisten. Jangan jadi macam aku ni, tak konsisten langsung, konsisten dekat katil je. Hahaha adui sekarang baru rasa menyesal tak sudah. Ini lah budaya orang melayu pemalas tapi bijak haha. Ok lah seperti azam aku bila sem1 ni pointer aku tak fail aku akan belajar kaw-kaw kat sem2 hahaha. Harap ini bukanlah sembang lebat. Okay lah baiii.

Sunday, November 13, 2016

Sumber Idea

  Hari ni first time aku update blogger petang-petang camni. Aku bukan ape makin lama makin aku tak berlatih menaip ni rasa seram lah pulak sebab usaha aku nak menaip laju-laju macam dalam cerita hacker-hacker kat TV haha. So harini aku cuba nak bagi pendapat aku tentang Idea. Macam mana nak dapat idea dan macam mana nak rangsang idea tu datang? Mengikut pengalaman aku idea ini datang daripada ilham yang selalunya hadir sepantas kilat dan ada sedarhana kelajuan kehadirannya dan ada yang kadang-kadang mengambil masa berhari-hari, berbulan-bulan, bahkan bertahun-tahun! Idea adalah basic kepada segala ilmu yang ada dan dengan seketul idea, tetapi pengolahanya sangat berkesan dan relevan, maka idea yang dicadangkan itu amatkah diangkat dan dimartabatkan.

  Aku sering bertanya kepada diri sendiri bagaimana aku nak cari idea. Sebab dalam pengalaman hidup aku yang baru setahun jagung ni, bila cikgu suruh buat karangan contohnya, nak cari idea buat karangan punya lah susah macam nak terberak je kat kerusi tu meneran otak nak cari idea. Tapi bila aku bersendirian ataupun senang cerita bila aku sendiri yang mengalami masalah, dan nak tangani masalah itu seharusnya mempunyai idea. Contohnya apabila aku mengalami masalah tertidur di atas laptop bila dah ngantuk sangat, aku nak cari idea nak tangani masalah tu sepantas kilat je idea nak datang. Haaaa ni satu lagi kelebihan aku, bila nak bahan orang memang banyak je idea aku and bila orang tu dah start panas and dia bahan aku pulak, haha sorry lah sebab otak aku memang laju je cari idea nak bahan orang tu balik.

  So aku nak highlight kat sini bahawa bila aku aku disuruh mencari idea oleh seseorang atau cikgu, nak teran mencari idea tu memang susah, kadang dapat idea tapi macam tak beberapa bernas. Tapi bila kehendak sendiri itu ada nak cari idea tanpa paksaan daripada sesiapa, maksud aku enjoy dalam mencari idea, it's working and aku nampak sesuatu kat sini, tekanan dari seseorang boleh mencacatkan produktiviti seseorang dalam mencari idea. Tapi bila kita sendiri, hanya diri kita yang menyoal diri kita, proses untuk mencari idea itu teramat mudah dan sering menjadi kerana ianya sepontan, ringkas dan padat.

//itu je kot perkongsian aku pada hari ini harap dapat diterima dan jika pendapat aku kurang memberangsangkan, sorry hehe.

Gadget

Hari-hari aku dilanda kebosanan yang tak terhingga. Bangun tidur, makan, hisap rokok, main phone, tidur. Hari-hari asyik ulang benda sama tapi itulah kehidupan didunia ini. Aku sedar kebosanan ini muncul apabila kehadiran gadget seperti handphone, laptop, dan lain-lain lagi. Sehingga kita pun tak tau nak buat apa ketika bosan. Bosan main phone. Itu je idea yang ada, seperti idea aktiviti selain main phone telah dibutakan dek phone itu sendiri. Kenapa kita sering berkata kita rindu zaman kanak-kanak kita? Sebab zaman kanak-kanak kita tidak di didik dengan gadget dan teknologi. Kita lebih fokus pada permainan tradisional dengan rakan-rakan. Sebab itu boleh dikatakan ramai anak kecil zaman sekarang lebih batak dengan phone berbanding bermain permainan tradisional. Kemunculan gadget juga jika diperhatikan lebih banyak membawa kepada kebinasaan berbanding kebaikan itu sendiri. Aku juga mengalami situasi begini. Ayah aku selalu melawak dengan aku tentang phone. Kadang-kadang dia bahan aku gelak sorang-sorang main phone macam orang gila dia kata. Memang betul dan kita kena menerima juga hakikat bahawa phone ini juga membawa kebaikan terutamanya seorang yang bergelar pelajar di Universiti. Phone memudahkan kita untuk mencari maklumat dengan sepantas kilat. Sebenarnya takde la kilat mana line internet di Malaysia ni bukan lah laju mana pun kalau nak dibandingkan dengan Luar Negara. Tapi tu lah kegunaan untuk mencari maklumat selalu disalahgunakan dengan mencari maklumat yang lebih merbahaya seperti cerita kongkek dan sebagainya. So aku sebagai insan yang merasai dua zaman; zaman tradisional dan zaman millenium dapat merasakan perubahan ini dan perubahan ini jika dinilai secara jujur lebih banyak negatif berbanding positif. Akhir kata aku berharap jika aku mempunyai anak aku dapat melatih dia untuk boleh berfikir dengan lebih matang kerana aku risau akan propaganda dunia yang semakin menggila.